Pelakon suara Geng:_Pengembaraan_Bermula

Watak utama

Badrol (Amir Izwan Abdul Rahim[7])Seorang pemuda yang bersahaja dan gemar bersenang-senang dan bertindak mengikut gerak hati. Badrol sering cuba berlagak macho dan berani serta menyukai Ros iaitu kakak Upin & Ipin. Sewaktu kecil dia berdiam dengan datuknya di kampung sebelum ibu bapanya berpindah ke bandar. Setelah berdiam di kota agak lama, dia makin lupa akan suasana hidup di kampung. Gara-gara suatu pengalaman mengerikan yang tidak diketahui sewaktu dahulu, Badrol merahsiakan rasa takutnya terhadap katak dan kodok.Lim (Kee Yong Pin[7])Pemuda yang paling pintar dalam geng dan lebih banyak membuat pertimbangan dan perancangan berbanding yang lain. Dia suka bersiap sedia setiap kali pergi bercuti, tetapi oleh sebab sifatnya yang paranoid, dia kerap membawa alatan yang tidak perlu. Ini juga menjadikan Lim sukar dipisahkan daripada beg galasnya.Rajoo (Kannan a/l Rajan[8])Budak kecil yang cergas, periang, mesra dan jujur. Dia suka bersiar-siar dengan lembu peliharaannya Sapy. Dia gemar menyanyi dan menari ikut rentak muzik. Rajoo mengaku dirinya berkebolehan berkomunikasi dengan haiwan, meskipun yang lain-lain amat meraguinya.Ros (Balqis Fadhullah Lee[7])Dialah yang dilaungkan sebagai gadis paling jelita di kampung tetapi dia tidak selurus yang disangka. Dia perlu membantu neneknya menjual snek sambil mengawasi adik-adiknya yang sering melibatkan diri mereka dalam masalah. Kedegilan adik-adiknya itu sering menaikkan kemarahannya. Dia gemar menonton drama Melayu lama serta berlakon seperti salah seorang watak drama sedemikian.Nur Fathiah Diaz meminjamkan suaranya untuk watak Upin dan Ipin dalam filem ini.Upin dan Ipin (Nur Fathiah Diaz[9])Adik-beradik kembar botak yang suka berkeliaran dengan berkaki ayam, sambil mencari keseronokan dan keghairahan di mana sahaja mereka berada. Mereka sering ditengking kakak mereka Ros, kerana nakal dan degil. Mereka berdua gemar menonton filem aksi dan ke mana mereka pergi mereka tidak lupa membawa pistol mainan. Upin lebih tua dan ada sehelai rambut pada kepalanya yang menjadikannya bangga kerana lebih tua berbanding Ipin. Sungguhpun begitu, Upin begitu berpelat menyebut bunyi "s".

Watak tambahan

Tok Dalang (Abu Shafian Abdul Hamid)Nama sebenarnya ialah Isnin bin Khamis. Dia ialah datuk kepada Badrol dan ketua kampung Durian Runtuh. Dia ialah bekas jaguh wayang kulit dan kini memiliki dusun durian. Setelah mendapati Badrol dan lima kawan-kawannya yang lain tidak balik-balik (kerana terikut Oopet ke dalam hutan), Tok Dalang melancarkan operasi mencari dan menyelamat sepanjang malam hingga berjaya.Mak Uda (Hajah Ainon Ariff)Opah (nenek) kepada Ros, Upin dan Ipin. Dia baik hati dan selalu menjaga cucu-cucunya dengan memberi nasihat berguna. Sebagai seorang nenek yang penyayang, Mak Uda juga turut serta dalam pencarian ketiga-tiga cucunya dan kawan-kawan mereka.Muthu (Mohd Shafiq Mohd Isa[7])Seorang peniaga gerai makanan di Kampung Durian Runtuh dan bapa kepada Rajoo. Sikap peramahnya membuatkan Muthu digemari penduduk kampung. Ketika kehilangan Rajoo dan kawan-kawannya pada malam itu, dia turut menyertai Tok Dalang dan Mak Uda untuk mencari mereka sepanjang malam.Ah Tong (Mohd Shafiq Mohd Isa)Seorang tua Cina yang sukar mempercayai apa yang diperdengarkan oleh rakan-rakannya di kampung, termasuk Misteri Hantu Durian; tetapi setelah kehilangan keenam-enam watak utama, dia turut membantu mencari mereka (walaupun tiada zuriatnya yang terlibat) semua dengan berlengkapkan senapang sebagai langkah berjaga-jaga dengan 'Hantu' tersebut.Pak Mail (Mohd Shafiq Mohd Isa)Seorang pemburu yang menjumpai seekor makhluk istimewa dan hendak menjual makhluk tersebut untuk tujuan untung. Dialah yang membawa Badrol dan Lim ke Kampung Durian Runtuh di awal filem.Singh (Mohd Shafiq Mohd Isa)Pembantu dan konco Pak Mail. Di awal filem, dia memandu lori yang mengangkut Badrol dan Lim ke Kampung Durian Runtuh. Rupa-rupanya dialah yang menyamar sebagai seekor raksasa ganas yang kemudian menculik Badrol dan Lim untuk menyimpan rahsia Pak Mail.Salleh @ Sally (Ros Hasrol Ahmad)Si bapuk yang tidak segan menonjol kelembutannya dan kepedasan mulutnya di Kampung Durian Runtuh. Tanpa sedar dia menyertai Pak Mail lalu terjebak dalam kegiatan haramnya.

Makhluk ganjil

Oopet (disuarakan oleh Ida Rahayu Yusoff) ialah seekor makhluk ganjil yang ditemui di dusun Tok Dalang. Ia berasal dari suatu dimensi lain yang boleh dimasuki melalui suatu gerbang ajaib. Dia berada di dunia manusia secara tidak sengaja dan selalu mencuri durian yang menyerupai buah kegemarannya di dunia asalnya. Begitu pantas pergerakan Oopet sehingga menyebabkan penduduk kampung percaya wujudnya "Hantu Durian". Ibunya ditangkap oleh kumpulan Pak Mail yang hendak menjual makhluk istimewa tersebut, oleh itu dia bersama Badrol, Lim, Rajoo, Ros, Upin dan Ipin berusaha menyelamatkan ibunya.

Di samping itu, terdapat juga seekor ular tedung besar dan sekawan lintah gergasi di bawah tanah. Ada juga dua ekor "raksasa" berupa tengkorak dan berduri, yang rupa-rupanya adalah konco-konco Pak Mail yang menyamar. Oleh itu, "Hantu Durian" yang digeruni penduduk Kampung Durian Runtuh ini sebenarnya merupakan manifestasi lebih dari satu hidupan: potongan durian yang halus sebenarnya merupakan kerja Oopet, sementara wajah "mengerikan" yang diceritakan Tok Dalang mungkin antara raksasa-raksasa lain ataupun konco-konco Pak Mail yang menyamar, yang diperlihatkan sepanjang filem.

Rujukan

WikiPedia: Geng:_Pengembaraan_Bermula http://72.14.235.132/search?q=cache:KyAk-idBgBAJ:w... http://72.14.235.132/search?q=cache:qgOthnfbW6oJ:w... http://74.125.153.132/search?q=cache:JMYYe5n1yY4J:... http://74.125.153.132/search?q=cache:h3urCeN95bgJ:... http://4.bp.blogspot.com/_FKVIn1vBDRs/SzLbVvYpcKI/... http://gengmovie.blogspot.com/ http://gengmovie.blogspot.com/2008/10/gengthe-adva... http://gengmovie.blogspot.com/2008/11/geng-in-film... http://gengmovie.blogspot.com/2008/11/gengpengemba... http://gengmovie.blogspot.com/2009/01/geng-press-p...